
IDK laa ape kena dengan aku.Aku tertidur dalam pukul 1,then terjaga dalam pukul 2. Nightmare. But takingat. LANGSUNGG. Hm maybe sebelum tuh aku banyak fikir. Lately aku banyak fikir. Ya Allah dosa aku banyak. Ya Allah ambillah nyawa aku sebelum turunnya dajjal.Ya Allah berikan aku kesempatan untuk bertaubat. Ya Allah tenangkan hati ku ini Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Aku takut. Aku gentar. Aku cuak. Aku tak tentu arah. Bila orang kata pasal kematian,pasal fitnah dajjal,pasal kiamat. Ya Allah,berikan petunjuk kepada pelaku dosa yang tegar ini ya Allah. Berikan aku hidayah.
Belum dikira salahku kepada manusia. Kata-kataku. Tingkah lakuku. Yang mungkin menggores hati. Ampunkan aku kawan-kawan,ampunkan aku guru berjasa. Ampunkan aku wahai manusia yang mambaca entry ini.
Kepada Tuhan maha agung yang mentadbir alam.Berikanlah kesempatan kepada umat Islam agar bertaubat. Biar semua ditempatkan didalam Jannah yang kekal abadi kelak. Yang kafir diberi hidayah agar bersama menghuni Jannah.
Ya Allah,masih banyak lagi cita-cita yang inginku capai sebelum ke dunia abadi. Aku ingin menjadi ahli perniagaan. Yang melakukan kerja secara halal. Kerana Allah. Menolong muslims. Jauh dari rasuah dan jauh dari sikap kebendaan. Bersedekah seperti,menghulur tangan kanan,tangan kiri tidak tahu.
Ya Allah,aku ingin menghantar ibu bapaku untuk menunaikan haji. Ingin mereka menjadi tetamuMu.Ingin mereka merasa gaji pertamaku. Ingin mereka hidup senang. Penat lelah terbayar melihat anak sulung menjadi insan berguna. 9 bulan ibu mengendong aku dalam perutnya dan dilahirkan dengan jerih payah terbalas. Pagi petang ayah bekerja hilang penatnya,melihat aku wanita berguna.
Ya Allah,aku ingin merasa menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Aku ingin menjadi halal untuk dirinya,empunya nama Muhammad Afiq Adha bin Azman. Isteri solehah yang menjaga maruah,akhlak,harta benda dan perasaan suaminya. Menjadi ibu kepada zuriatnya. Ingin ke Jannah tanpa dihisap kerana sempurna solatku,sempurna amalan puasaku,dan mentaati suamiku.
Ya Allah,aku mohon kepadamu.Makbulkan segala doaku. Terimalah amalanku. Bimbinglah aku ke jalan mustaqim.Ya Allah aku yakin denganMu.Amin Ya Rabbal Alamin.......
No comments:
Post a Comment