Hai and assalammualaikum to all my favourite ppl :) And yeah i wanna share something precious w you guys. Fatin Afifah. Siapa dia ni? And yeah,the fact is,I dengan dia bertegur sapa pun tak pernah. Tahu tahu dah trending kat Twitter. My friends all buzzing abt her. So I tanya,siapa gadis ni. Then they said,"Ni budak Manjung. Kawan Aina dengan Suha. Hotstuff doww" and i was like asal dia trending. Rupa rupanya dia koma. Teringin sangat nak tengok wajah dia so malam tu Mira online,bukak Twitter Fatin ni. Cantik manis orangnya. So kitorang doa,harap sangat dia pulih seperti biasa. Namun esoknya,kami pergi kelas Pengajian Keusahawanan. Nasuha tak datang. Elok kat rumah. Suddenly,she texted me,cakap tlg bagitahu Aus dengan Aina yang Fatin ni dah meninggal. Kelam kabut I pass hp aku kat Ainan,girlfriend kesayangan Aus. Even Fatin ni bukan sesiapa dalam life I,menggeletar jugak tangan I pegang hp tu. Kesian. Kita,even tak kenal Fatin Afifah ni pun,kenalah rasa sayang dan tak kedekut sumbangkan masa baca Alfatihah atau Yassin untuk dia,saudara kita nii. Fatin beruntung sangat,dapat kawan kawan yang sayangkan dia,bersusah payah turun Ipoh nak jumpa dia,sampai trending kat Twitter,#PrayForFatinAfifah. Alhamdulillah,semoga kawan kawan Fatin Afifah mendapat pahala. So,apa kata after baca post ni,luangkan seminit untuk Alfatihah untuk Fatin Afifah. Semoga saudara kita ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Selamat jalan,sayang :)

Jadi buat kita yang masih hidup ini,ingat ingatlah mati. Semakin hari semakin sikit bilangan hari kita di dunia. Dalam gelak tawa kita,kadangkala kita lupa akan alam yang seterusnya. Jadikan kepergian Fatin Afifah sebagai pengajaran untuk kita,tidak semestinya kita akan pergi pada umur 60,70 tahun. Allah telah meminjamkan Fatin Afifah nyawa selama 17 tahun sahaja. Bagaimana dengan kita?
No comments:
Post a Comment